Thursday 20 February 2014

Cara pembentukan susuk badan melalui korset Elken

Entri kali ni Ina nak sharing pasal KEUNIKAN 3 KESAN
MENAKJUBKAN korset Elken @DX... Pape pun yang paling 
penting kalu nak dapat bentuk tubuh yang cantik dan menarik 
korang kena ikut 3 LANGKAH YANG MEMPERCEPATKAN 
KESAN PEMAKAIANNYA iaitu :


1. Untuk jangka masa segera  korang kena selalu pakai bagi 
membolehkan pengalihan lemak ke bahagian yang sepatutnya.
dan kesannya bila kerap pakai tubuh kita akan lebih cepat untuk 
menjadi lebih 'shaping' sebab tujuan tolak lemak adalah untuk 
mengarahkan pengalihan lemak ke tempat yang betul atau kata 
lain suh lemak balik kampung..Kalu main pakai je tapi tak tolak 
lemak camne lemak tu nak gerak.



2. Untuk mendapatkan kesan yg lebih cepat tentula memakan 
makanan yang kurang berlemak. Baru le badan kita dapat shaping 
dengan cepat. Klu pakai jer korset tp makan x jaga x guna juga kan....
ina pun boleh berkongsi resepi yang sihat...hehehehhe

3. Bersukan @ membuat regangan pun boleh membantu 
mempercepatkan mendapatkan shaping...hehehhehe




Macam mana pulak boleh kurus dengan pakai korset kalau 
fungsi 
hanya untuk mengalihkan lemak.? Haaaa....mesti ramai 
yang was-was 
dan ragu-ragu betul x.? Di sini aku nak terangkan 
bila kita dah pakai 
korset,..lemak akan dialihkan.. Selain itu, korset 
juga boleh 
mengurangkan jumlah kita makan disebabkan saiz 
ruang yang kecil 
dan seterusnya juga boleh meningkatkan 
metabolisme disebabkan saiz 
ruang yang kecil juga..



Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Ina, bolehlah Ina 
simpulkan bahawa kalu kita gemuk pastu diet bagai nak gile 
mungkin boleh turun pastu apa jadi.????? Pernah tak korang 
dengar orang gemuk kalu diet pastu  kulit luar akan mengelember... 
Haaaa,..kat sinilah fungsi korset dalam pada masa nak kurus 
korset boleh menyokong badan kita supaya menjadi lebih cantik .
dan berbentuk..


 Hohoho....nak badan macam ni ker....angkat tangan..!!!


Tapi kenapa aku pilih korset Elken pulak..? Aku juga macam 
korang kat luar sana suka cuba mencuba tapi last-last bila cuba 
korset Elken apa yang boleh aku katakan memang selesa dan tak 
menyusahkan aku bila nak keluar masuk tandas...hihihi... Penting 
tu tau kalu dah tak boleh nak buang air camne pulak...dari nak jadi 
kurus terus dapat sakit batu karang.. Jadi kriteria yang 
menyebabkan aku pilih korset Elken sebab 
  • SELESA,, 
  • SENANG NAK BUKA MASA KAT TOILET..
  • TAK BERGULUNG-GULUNG..
  • TAK PANAS BILA PAKAI...dan.... 
  • TAK SUSAH MASA NAK PAKAI DAN NAK TANGGAL KORSET...

Yang paling penting..misi untuk berjaya kuruskan badan tercapai...=)))





Saje letak pic MRS BRAD PITT ni...semangat nak kurus +cantik...
hihi



Jadi pada sesiapa yang nak try fitting terutamanya area Pahang/KL  
dan kawasan sekitarnya boleh call/sms/whatsapp 016-9635046...boleh 
rasa camne pakai korset Elken ni best ke x......=)

Thursday 19 September 2013

~ PENAWAR KANSER ~

~ PENAWAR KANSER ~

  • Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser.
  •  Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. 
  • Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
  • Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

  • 1. Istighfar 10x.
  • 2. Salawat Nabi 10x.
  • 3. Al-Fatihah 1x.

  • Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

  • 1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
  • 2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
  • 3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
  • 4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
  • 5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
  • 6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
  • 7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
  • 8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

  • Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara/i yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Solat Dhuha : Cara Buat Solat Dhuha

Assalamualaikum warahmatullah ..

Hello ! Ape khabar semua :) Mak selalu pesan.. kalau ada waktu terluang siang hari..sebelum pukul tengahari tu buat lah solat dhuha...thanks mak sebab selalu pesan kat anak dia ni :) sayang nye pada anak anak dia kan...ata mak lagi, solat dhuha ni solat yang berat. Maksudnya tak ramai orang yang nak buat solat ni sebab malas...

Marilah kita ringan ringankan diri buat solat dhuha ni okay :) Benda lain kita boleh menghadap lama berjam jam...spend waktu dengan Allah sekejap dua rakaat pun tak mau ke :( sekejap e tak lama pun kan...insyAllah...sama-sama meperingati ok :) tetapi ingat JANGAN BUAT MASA KERJA....itu dah dikira mencuri.....buatla masa cuti sabtu dan ahad....



printscreen dari mesej my mom..kalau pegi mana-mana waktu siang tu memang akan dapat mesej dari mak..
love you mak.. :)



Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.



Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha 
(surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;

 Surah 
Ad-Dhuha :)


 Surah 
As-syams :)


Doa Solat Dhuha...
printt pon bley :)



“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Kelebihan Solat Dhuha :

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)


 ” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 

boleh juga save image ni :)

Monday 9 September 2013

Slimmers Kapsul

SLIMMERZ KAPSUL







"Produk Yang Mengubah Statistik Berat Badan Manusia "


* Menyingkirkan toksin
* Membakar lemak
* Menyelaras metabolisme badan
* Melangsingkan dan mengencangkan kulit

Kajian saintifik menunjukkan individu-individu dengan berat badan berlebihan sering didapati memiliki lebih sel lemak putih berbanding dengan sel lemak perang yang juga dikenali sebagai "lemak bayi", di mana ia membantu dalam pembakaran kalori disamping menghasilkan haba, sejurusnya memberikan badan berasa hangat dan langsing. Selain itu, badan kita akan cenderung kepada peningkatan penghasilan lemak untuk menyerap asid berlebihan untuk mengimbangi pH, sejurus menyumbang kepada berat badan berlebihan dan obesiti.

 

FUNGSI PRODUK :

*  Membantu pembakaran lemak dan pengekalan badan langsing
* Mengurangkan penyimpanan lemak yang tidak diperlukan pada perut, bahu dan pinggul.
*  Mengurangkan edema dengan mengimbangi pH badan.
*  Memperbaiki rupa vena varikos dan selulit.







3 KELEBIHAN

1. Tidak perlu berdiet
2. Tidak bergantung kepada senaman (tapi dinasihatkan jika inginkan hasil yang baik)
3. Mudah digunakan



3 PERINGKAT UTAMA DETOKSIFIKASI DAN PELANGSINGAN BADAN

Peringkat Pertama : Peringkat Detoksifikasi
- Menghapuskan lemak berlebihan, bahan kumuh serta toksin lain daripada badan. secara khasnya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang mempunyai sel-sel dan mitokondria yang berlebihan.

Peringkat Kedua : Peringkat Pemulihan
- Oleh sebab sel lemak dalam badan telah habis dibakar, sel penyimpan lemak berubah menjadi sel penghasilan haba, memulihkan proses metabolisme.

Peringkat Ketiga : Peringkat Pengukuhan
- Menstabilkan metabolisme sel selepas badan kembali ke keadaan normal


DIREKOMEN KEPADA :

1. Individu yang ingin mengurangkan berat badan dengan selamat dan berkesan

2. Individu yang telah mencuba pelbagai pendekatan diet tetapi kesannya kurang memuaskan.

3. Individu yang mempunyai berat badan yang sihat atau hampir dengan itu dan bimbang tentang corak pemakanan dan aktiviti fizikalnya atas sebab kesihatan.

4. Individu dengan berat badan berlebihan atu obes.




UNTUK HASIL OPTIMUM :-

1. SNE kapsul
- Membekalkan khasiat.Memperbaiki genetik. Menyingkirkan radikal bebas. Mengeimbangkan hormon


2. EXCEL TEA
- Menyingkirkan toksin. Mengurangkan lemak

3. Pemakanan yang seimbang. Tingkatkan pengambilan sayur- sayuran dan buah-buahan.

4. Bersenam dengan kerap.

5. Emosi jaga. Selalu bersikap optimistik




 

Monday 19 August 2013

Korset DX Elken


As salam, 


Sebelum ina berbicara ngan lebih lebar lg, ina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 



Hari ni ina nak share pasal korset DX ni..mmg best sgt guna korset DX ni....sungguh lembut untuk badan anda....


Kita kaum wanita ni mesti selalu dengar ayat 'BEAUTY IS PAIN' betul tak?? 
Tapi dengan korset DX ni tiada lagi istilah'BEAUTY IS PAIN'.

Disebabkan oleh 4 KEUNIKAN korset DX ni. Ina berani GUARANTEE yg korset DX ni akan memberikan KESAN yang MENAKJUBKAN dan KESELESAAN yg selama ini anda cari. 
Apakah ciri-ciri yg Ina maksudkan tadi?

1. Reka bentuk ERGONOMIK
2. Dicipta dari bahan buatan yang bermutu TINGGI dan rekaan yang penuh ELEGAN
3. Kesan yang MENAKJUBKAN (instant result)
4. Mutu barangan TERJAMIN







Sangat2 mudah...

Korset DX ni ade 3 pakej :- 

1. Pakej Body Shaper (Bra + Body Shaper + Long Girdle) - Jimat RM 258.50
2. Pakej Waist Nipper (Bra + Waist Nipper + Long Girdle) - Jimat RM 258.50
3. Pakej Full Set (Bra + Waist Nipper + Body Shaper + Long Girdle) - Jimat RM 517.00

Harga korset bergantung pada pakej yang ingin dibeli.

Cara pembayaran yang sangat fleksible. Anda boleh pilih sama ada ingin membayar secara:

1. Tunai
2. Kad Kredit (3 - 24 bulan)



3. AEON Kredit (18 bulan, 24 bulan 36 bulan) 

Ladies!!! Jangan tunggu lama-lama, nanti tunggu punya lama tengok2 kawan baik kita yang dah pakai dulu...


Keputusan terletak di tangan ANDA..

Dengan kemudahan pembayaran yang disediakan untuk kita, cepat-cepat GRAB satu set untuk anda..

Mungkin kalo ada yang kurang memahami table harga yang Ina sediakan, please call/sms/email Ina. Ina dengan berbesar hati akan membantu menerangkan dengan lebih lanjut lagi...


So hurry up, just call/sms/email Ina ASAP....
See u ols with more updates....

Luv U...muah muah...



016.963.5046 / nizam3228@gmail.com

Thursday 16 May 2013

Waktu-waktu baik berdoa.......


Assalamualaikum....para sahabat yang budiman......
salah satu usaha agar doa kita dikabulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan 
memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahawa 
doa ketika waktu-waktu tersebut dikabulkan. 


Diantara waktu-waktu tersebut adalah:

1. KETIKA SAHUR DAN SEPERTIGA MALAM TERAKHIR
Allah Ta’ala mencintai hamba-Nya yang berdoa disepertiga malam yang terakhir. 
Allah Ta’ala berfirman tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa, salah satunya:
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون
“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan” 
(QS. Adz Dzariyat: 18)
Sepertiga malam yang paling akhir adalah waktu yang penuh berkat, 
sebab pada saat itu Rabb kita Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia dan 
mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa ketika itu. 
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. 
Kemudian berfirman: 
‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” 
(HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758)
Namun perlu dicatat, sifat ‘turun’ dalam hadits ini jangan sampai 
membuat kita membayangkan Allah Ta’ala turun sebagaimana manusia 
turun dari suatu tempat ke tempat lain. 
Kerana tentu berbeza.

2. KETIKA BERBUKA PUASA
Keberkatan lain di waktu berbuka puasa adalah dikabulkannya doa orang yang telah berpuasa, 
sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
ثلاث لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل و المظلوم
‘”Ada tiga doa yang tidak tertolak. 
Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzalimi” (HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, 
dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi)

3. KETIKA MALAM LAILATUL QADAR
Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa. 
Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Radhiallahu’anha:
قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها قال قولي اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
“Aku bertanya kepada Rasulullah: 
Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika 
aku menemukan malam Lailatul Qadar? 
Beliau bersabda: 
Berdoalah:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni 
['Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku'']”
(HR. Tirmidzi, 3513, Ibnu Majah, 3119, At Tirmidzi berkata: “Hasan Shahih”)
Pada hadits ini Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiallahu’anha meminta diajarkan ucapan yang sebaiknya diamalkan ketika malam Lailatul Qadar. 
Namun ternyata Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengajarkan lafadz doa. 
Ini menunjukkan bahawa pada malam Lailatul Qadar dianjurkan memperbanyak doa, 
terutama dengan lafaz yang diajarkan tersebut.

4. KETIKA ADZAN BERKUMANDANG
Selain dianjurkan untuk menjawab adzan dengan lafaz yang sama, 
disaat azan dikumandangkan pun termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa. 
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم بعضا
“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. 
Iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” 
(HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Shahih”)

5. DI ANTARA AZAN DAN IQAMAH
Waktu jeda antara adzan dan iqamah adalah juga merupakan waktu yang dianjurkan untuk berdoa, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:
الدعاء لا يرد بين الأذان والإقامة
“Doa di antara adzan dan iqamah tidak tertolak” (HR. Tirmidzi, 212, ia berkata: “Hasan Shahih”)
Dengan demikian jelaslah bahawa amalan yang dianjurkan antara azan dan iqamah adalah berdoa, bukan shalawatan, atau membaca murattal dengan suara keras, 
misalnya dengan menggunakan mikrofon. 
Selain tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, 
amalan-amalan tersebut dapat mengganggu orang yang berzikir atau sedang solat sunnah. 
Padahal Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,
لا إن كلكم مناج ربه فلا يؤذين بعضكم بعضا ولا يرفع بعضكم على بعض في القراءة أو قال في الصلاة
“Ketahuilah, kalian semua sedang bermunajat kepada Allah, 
maka janganlah saling mengganggu satu sama lain. 
Janganlah kalian mengeraskan suara dalam membaca Al Qur’an,’ atau beliau berkata, 
‘Dalam solat’,” (HR. Abu Daud no.1332, Ahmad, 430, 
disahihkan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani di Nata-ijul Afkar, 2/16).
Selain itu, orang yang solat atau membaca Al Qur’an dengan suara keras di waktu jeda ini, telah meninggalkan amalan yang di anjurkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, iaitu berdoa. 
Padahal ini adalah kesempatan yang bagus untuk memohon kepada Allah segala sesuatu yang ia inginkan.

6. KETIKA SUJUD DALAM SOLAT
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد . فأكثروا الدعا
“Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. 
Maka perbanyakkanlah berdoa ketika itu” (HR. Muslim, no.482)

7. KETIKA SEBELUM SALAM DALAM SOLAT WAJIB
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
قيل يا رسول الله صلى الله عليه وسلم أي الدعاء أسمع قال جوف الليل الآخر ودبر الصلوات المكتوبات
“Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, Bila doa kita didengar oleh Allah? 
Beliau bersabda: 
“Diakhir malam dan diakhir solat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499)
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahwa yang dimaksud 
‘akhir solat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahawa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu SETELAH salam pada solat wajib. 
Ahli fiqih masa kini, Syaikh Ibnu Utsaimin Rahimahullah berkata:
 “Apakah berdoa setelah solat itu disyariatkan atau tidak? 
Jawabannya: tidak disyariatkan. Karana Allah Ta’ala berfirman:
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ
“Jika engkau selesai shalat, berzikirlah” (QS. An Nisa: 103). 
Allah berfirman ‘berzikirlah’, bukan ‘berdoalah’. 
Maka setelah solat bukanlah waktu untuk berdoa, 
melainkan sebelum salam” (Fatawa Ibnu Utsaimin, 15/216).

NB : SEBAIKNYA BERDOA DI WAKTU ANTARA AZAN DAN IQOMAH, 
SAAT SUJUD DAN SEBELUM SALAM DALAM SOLAT WAJIB, 
WAKTU ITU LEBIH BAIK DIGUNAKAN UNTUK BERDOA DARI 
PADA SAAT SETELAH SELESAI SOLAT

8. DI HARI JUMAAT
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر يوم الجمعة ، فقال : فيه ساعة ، لا يوافقها عبد مسلم ، وهو قائم يصلي ، يسأل الله تعالى شيئا ، إلا أعطاه إياه . وأشار بيده يقللها
“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menyebutkan tentang hari Jumaat kemudian beliau bersabda: 
‘Di dalamnya terdapat waktu. 
Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’. 
Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” 
(HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu)
Untuk lebih jelas mengenai waktu special di hari jumat ini, boleh di semak 
di http://al-uyeah.blogspot.com/2013/02/kumpulan-kajian-keutamaan-hari-jumat.html

9. KETIKA TURUN HUJAN
Hujan adalah nikmat Allah Ta’ala.
ثنتان ما تردان : الدعاء عند النداء ، و تحت المطر
“Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika adzan berkumandang dan ketika hujan turun” 
(HR Al Hakim, 2534, dishahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078)

10. HARI RABU ANTARA ZUHUR DAN ASAR
Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, 
iaitu dikabulkannya doa diantara solat zuhur dan Asar dihari Rabu. 
Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu:
“Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, 
iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. 
Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu diantara dua solat. 
Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. 
Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”
Dalam riwayat lain:
فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر
“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu di antara solat Zuhur dan Asar” 
(HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, 
berkata: “Semua perawinya tsiqah”, 
juga disahihkan Al Albani di Sahih At Targhib, 1185)

11. KETIKA HARI ARAFAH
Hari Arafah adalah hari ketika para jama’ah haji melakukan wukuf di Arafah, 
iaitu tanggal 9 Dzulhijjah. 
Pada hari tersebut dianjurkan memperbanyakkan doa, 
baik bagi jama’ah haji mahupun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak sedang menunaikan ibadah haji. 
Sebab Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
خير الدعاء دعاء يوم عرفة
“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” 
(HR. At Tirmidzi, 3585. Di sahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi)

12. KETIKA PERANG BERKECAMBUK
Dalilnya adalah hadits yang sudah disebutkan di atas:
ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم بعضا
“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minima kecil kemungkinan tertolaknya. 
Iaitu ketika adzan berkumandang dan saat perang berkecamuk,
ketika kedua kubu saling menyerang” 
(HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Sahih”)

13. KETIKA MINUM AIR ZAM ZAM
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
ماء زمزم لما شرب له
“Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” 
(HR. Ibnu Majah, 2/1018. Disahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah, 2502)